Pekebun kecil lada disaran pelbagaikan tananam, jamin pendapatan berterusan

Spread the love

SIBU, 6 Jan: Pekebun kecil lada di negara ini digalak untuk turut mengusahakan dan mempelbagaikan tanaman mereka serta tidak hanya bergantung kepada tanaman lada semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata usaha itu secara tidak langsung akan membantu menjamin sumber pendapatan berterusan kepada pekebun lada sekiranya berlaku perubahan pada harga komoditi lada di pasaran.

Menurutnya kerajaan juga turut memberikan bantuan sama ada dari aspek latihan teknikal dalam mempelbagaikan produk hiliran serta bantuan baja kepada perkebun kecil terlibat bagai memastikan mereka terus terlibat dalam penanaman dan pengeluaran lada.

“Kita melihat kerjasama kita dengan agensi-agensi yang lain termasuk kajian dan pembangunan (R&D) yang perlu kita lakukan dengan agensi kerajaan yang lain, dengan pihak universiti dan sebagainya supaya keluaran walaupun tanaman itu tak banyak tetapi hasilannya bertambah.

“Dengan hasil yang bertambah ini kita berharap mereka (pekebun kecil lada) dapat meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Sibu, hari ini.

Menurut Fadillah, MPB telah menjalin kerjasama dengan universiti tempatan dalam menjalankan kajian untuk menghasilkan baja yang sesuai untuk tanaman lada namum menggunakan sumber bahan mentah tempatan sebagai salah satu usaha kerajaan bagi mengatasi kenaikan harga baja.

Katanya, satu projek perintis tanaman lada menggunakan kaedah pertanian organik menggunakan sumber baja yang dihasilkan menggunakan sumber tempatan sedang dilaksanakan di Song, Kapit

Jika berjaya, ujar beliau hasilan daripada projek tersebut secara tidak lansung akan membantu mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia.

“Kejayaan ini serusnya akan membantu kita dalam mengurangkan kos pengeluaran lada yang perlu ditanggung oleh perkebun kecil komoditi tersebut,” jelasnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.