Kuching City FC perkenal tiga pemain import baharu

Spread the love

KUCHING, 6 Jan: Pasukan Kuching City FC mula memperkenalkan barisan tiga pemain import baharu untuk menghadapi saingan Liga Super musim 2023.

Menerusi perkongsian laman rasmi Facebook Kuching City, tiga pemain itu ialah Mihailo Jovanovic dari Serbia, Celio Ferreira Dos Santos (Brazil) dan Sirojiddin Kuziev (Uzbekistan) yang telah mendarat di Sarawak minggu ini.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutifnya Iswandi Ali Hassan berkata pasukan itu telah mempersiapkan 95 peratus barisan pemain untuk mengharungi saingan tertinggi liga Malaysia.

Menurut Iswandi lagi kuota bagi seorang lagi pemain import pasukan itu dipercayai bakal diisi pemain dari Burundi.

Sementara itu bagi pemain tempatan pula, Kuching City telah membawa masuk beberapa muka baharu untuk menggalas komitmen di bawah bimbingan jurulatih Irfan Bakti.

Antara muka baharu itu bekas pertahanan UiTM FC, Arham Khussyairi, Qayyum Marjoni (dari PIB FC), Badrul Affendy (Sabah FC), Norazlan Razali (Melaka United ) dan Amirul Shafik Che Soh (Kelantan United FC).

Pada musim lepas Kuching City berjaya menamatkan cabaran Liga Premier 2022 di kedudukan ketiga dengan penyerang sensasi pasukan itu, Abu Kamara, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga dengan 11 gol. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.