Jalan sehala dibuka hari ini, tangani kesesakan Kuching-Samarahan Expressway

Spread the love

KUCHING, 6 Jan: Satu jalan sehala sebagai laluan alternatif sementara dibuka hari ini, sebagai usaha menangani kesesakan lalu lintas yang berlaku susulan kerja-kerja penambahbaikan di Kuching-Samarahan Expressway.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, laluan alternatif sementara tersebut dijangka akan memudahkan pengguna dari Kota Samarahan yang menuju ke BDC, Jalan Setia Raja dan Jalan Stutong tanpa perlu melalui bulatan TT3.

“Jika anda lihat jalannya agak luas dan lebar, jadi saya harap laluan akan menjadi lebih lancar, ia merupakan jalan dua hala namun pihak kami hanya membuka jalan sehala terlebih dahulu untuk melihat keadaan yang boleh memudahkan semua lalu lintas kawasan itu.

“Kita tahu ia akan mewujudkan sedikit ketidakselesaan bagi penduduk kawasan perumahan di sana namun ia tidak dapat dielakkan, ia adalah langkah sementara dan kami akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjuan di sekitar Kuching-Samarahan Expressway, di sini, hari ini.

Menurutnya, jalan alternatif tersebut akan dibuka kepada orang awam sehingga terdapat perubahan atau penambahbaikan aliran trafik di sepanjang laluan tersebut yang akan dimaklumkan kelak.

Tambah Hong Seng lagi, pihaknya juga telah meminta untuk menambah bilangan anggota warden polis trafik bagi menangani kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

“Selain itu, saya turut berharap agar orang ramai menyalurkan sebarang bentuk aduan mereka menerusi medium yang tepat dan betul,” katanya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.