Pelaksanaan pembangunan lebih lancar dengan keputusan diserahkan kepada negeri

Spread the love

KUCHING, 5 Jan: Pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak dijangka lebih lancar dengan keputusan Kerajaan Persekutuan menyerahkan kelulusan projek tidak lebih RM50 juta kepada kerajaan Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan berkenaan juga menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan mengembalikan hak Sarawak agar proses pembangunan berjalan lancar.

“Jadi kita harap Sarawak akan terus mendapat manfaat daripada dasar baharu ini,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan projek dengan kos di bawah RM50 juta di Sabah dan Sarawak akan diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini, keputusan dibuat oleh Putrajaya.

“Walaupun peruntukan besar diberikan tetapi tidak dapat dipenuhi kerana karenah pentadbiran serta mengikut peraturan biasa yang terpaksa merujuk kepada Persekutuan,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.