Kuasa lulus projek bawah RM50 juta, tanpa melalui kerenah birokrasi

Spread the love

MIRI, 5 Jan: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak tanpa menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan ini disambut dengan baik.

Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata semasa ditemubual di Dewan Bandaraya Miri pada hari ini, berkata akan menyegerakan pelaksanaan projek-projek di Sarawak tanpa melalui kerenah birokrasi.

“Ini adalah satu lagi kejayaan dalam perjalanan untuk mendapatkan semula hak dan autonomi Sarawak oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai oleh Premier kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg. Keputusan ini akan memastikan pelaksanaan pantas di Sarawak dengan memotong birokrasi pelbagai peringkat pada masa ini. Salah satu contoh ialah kita boleh menjangka pelaksanaan lebih cepat pelbagai projek persekutuan di Sarawak terutamanya untuk sekolah yang daif. Melangkah ke hadapan, kita berharap untuk melihat lebih banyak desentralisasi kuasa di bawah MA63 dan semangat Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya.

Tambah beliau, Projek Penambahbaikan Bulatan GK Supermarket di Jalan Pujut merupakan antara projek di bawah RM50 juta yang akan diberi perhatian di Miri kerana kawasan ini sering kali mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

“Bagi Miri, kita mempunyai projek seperti Projek Penambahbaikan Trafik Bulatan GK yang berada di bawah pembiayaan persekutuan. Kita mengharapkan kelulusan pembiayaan tidak lama lagi dan pelaksanaan pantas di bawah pengaturan baharu. Saya rasa harapan semua orang Miri adalah ingin melihat pelaksanaan projek tersebut dengan pantas kerana banyak orang Miri menghadapi kesesakan lalu lintas ini di bulatan GK pada waktu puncak,” katanya lagi.

Beliau juga melihat keputusan kelulusan ini akan memudahkan kehidupan rakyat dengan lebih baik dan ini merupakan antara salah satu hasil yang positif penglibatan GPS di bawah kerajaan perpaduan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.