Dua wakil Malaysia layak ke ‘Upper Bucket’ perlawanan kejuaran dunia e-sukan Mobile Legend

Spread the love

JAKARTA, 05 Jan: Dua wakil pasukan e-sukan Malaysia iaitu Team Haq dan Todak layak ke pusingan kalah mati selepas berjaya melayakkan diri ke M4 World Championship Mobile Legend yang diadakan di Jakarta.

Team Haq dan Todak berjaya mara ke pusingan seterusnya dengan cemerlang apabila mampu meraih dua kemenangan untuk Pasukan Haq dan tiga kemenangan sempurna untuk Todak pada pusingan kelayakan.

Kedua-dua mereka juga akan bersaing di upper bucket yang akan memberi peluang besar untuk dapat membawa pulang juara dunia kali ini.

Menurut Pengasas Team Haq Esports Club, Aiman Haq, dirinya berpuas hati manakala pasukannya boleh ‘come back’ sehingga meletakkan diri berada pada upper bucket untuk kali pertama dalam kejuaran dunia.

“Rasa syukur sebab kami tak jangka pada penyertaan pertama kami, tapi kami tetap yakin dan boleh cipta sejarah bagi Malaysia sebagai team kedua yang berlaga di ‘upper bucket’ kejuaran dunia,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa ini tentunya akan menjadi peluang untuk asah kemampuan dan memperoleh pengalaman berharga bagi seluruh pemain pada gelaran ini.

Aiman menganggap ini merupakan kejayaan Malaysia yang banyak bagi sokongan untuk e-sukan dan memberi peluang bagi mereka.

Selanjutnya, team Haq akan berdepan dengan Echo Filipina dan Todak berdepan dengan RRQ Indonesia iaitu keduaduanya merupakan pasukan yang tercabar dalam kejohanan ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.