Pengguna dari Samarahan digalakkan guna jalan alternatif lain ke Kuching

Spread the love

KUCHING, 4 Jan: Orang ramai dari kawasan Samarahan digalakkan untuk menggunakan laluan alternatif lain seperti laluan Jalan Datuk Mohammad Musa untuk menuju ke pusat bandar raya ini.

Cadangan berkenaan dinyatakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerui satu hantaran di akaun rasmi Facebook agensi berkenaan hari ini.

Hantaran berkenaan turut menyaksikan Pengarahnya, Richard Tajan bersama Pasukan Pemantauan dan Perlaksanaan Projek melawat dan membuat tinjauan ke kawasan tapak Projek Menaik taraf lima bulatan sepanjang Jalan Kuching/Samarahan pagi tadi.

“Semasa lawatan tapak, kita juga telah membuat tinjauan laluan-laluan alternatif yang berpontensi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang bulatan no. 4 (Samajaya) sepanjang pembinaan,” katanya.

Menurutnya, sebarang perubahan laluan akan dimaklumkan pihaknya dari semasa ke semasa.

Hadir sama Timbalan Pengarah, Infrastruktur, Ir. Ts. Cassidy anak Morris dan Ketua Projek (Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Projek), Ts. Meehan anak Jorai.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.