Wisma Jakel terbakar kali kedua

Spread the love

SHAH ALAM, 3 Jan: Wisma Jakel di Seksyen 7, mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

Baca artikel berkaitan:

“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.

Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.