Piala AFF: Malaysia tewaskan Singapura 4-1, layak ke separuh akhir 

Spread the love

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Malaysia melangkah ke separuh akhir dengan menyingkirkan musuh tradisinya Singapura, selepas mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 pada perlawanan penentuan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam ini.

Kemenangan di hadapan 65,147 penonton di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, menyaksikan skuad Malaysia berjaya memintas Singapura untuk muncul naib juara kumpulan, selepas mengumpul keseluruhan sembilan mata di belakang Vietnam.

Lebih manis, pasukan negara bukan sahaja memperbaiki rekod buruk terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas, malah turut mengakhiri badi kemenangan berdepan The Lions sejak November 2014, selepas tewas dua dan seri sekali dalam tiga pertemuan terakhir.

Empat gol Malaysia disumbangkan penyerang Darren Lok pada babak pertama, sebelum aksi bertenaga pasukan negara pada babak kedua menyaksikan Malaysia menambah tiga lagi gol menerusi dua jaringan pemain tengah kacukan Malaysia-England Stuart Wilkin, dan pemain naturalisasi Sergio Aguero.

Baca artikel berkaitan sini >>> Piala AFF: Antara aksi terbaik skuad kebangsaan

Pada aksi malam ini, pasukan negara mampu mendahului sekurang-kurangnya 2-0 di awal permainan jika tidak kerana penyudah tumpul pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim dan pemain pertahanan V. Ruventhiran. 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.