Amaran ribut petir di beberapa bahagian di Sarawak dan Sabah

Spread the love

KUCHING, 3 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa bahagian di Sarawak dan Sabah yang diramalkan berlaku sehingga 1 tengah hari, Selasa.

Notis amaran dikeluarkan pada pukul 8:30 pagi ini, membabitkan Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sibu membabitkan Daerah Selangau, Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

Di Sabah pula, ia membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.