‘Pagi Bebas Kenderaan’ kini dua kali sebulan

Spread the love

KUCHING, 2 Jan: Mulai Januari ini, program Pagi Bebas Kenderaan akan diadakan dua kali sebulan berbanding cuma pada Ahad minggu pertama sebelum ini.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerusi catatan Facebook rasminya berkata, program itu kini turut diadakan pada setiap Ahad minggu ketiga setiap bulan.

“Ini (Pagi Bebas Kenderaan bertujuan untuk mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di pusat bandar raya di samping sebagai usaha memberi ruang interaksi sosial kepada warga kota untuk beriadah dan menjaga alam sekitar,” katanya.

Pada Ahad lepas, program pembuka tirai pada tahun baharu 2023 ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Pelbagai aktiviti sihat telah diadakan seperti larian, kayuhan berbasikal, jalan santai, pertandingan menyepak bola, pertandingan baling kapal terbang dan banyak lagi,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.