Kementerian Luar bawa pulang jenazah rakyat Malaysia lemas di Bali

Spread the love

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Kementerian Luar membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat lemas di Pulau Nusa Penida Diamond Beach, Bali pada Selasa lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada Jumaat, jenazah mangsa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.15 malam tadi dengan pesawat MH852.

“Mangsa dilaporkan hilang pada jam 2.50 petang, 27 Dis (Selasa) ketika cuba menyelamatkan dua orang pelancong asing yang hampir lemas di pantai pulau peranginan tersebut sebelum dihanyutkan arus,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, mangsa ditemukan lemas di tempat kejadian pada 28 Dis.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi memudah cara pengurusan jenazah, termasuk penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan jenazah dibawa pulang dengan segera.

“Kementerian ini juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah dalam mengharungi masa-masa sukar ini,”menurut kenyataan itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.