Amaran hujan berterusan di Sarawak ditamatkan – MetMalaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Amaran hujan berterusan (waspada) yang dikeluarkan pada 2.05 petang, 29 Dis lepas bagi Sarawak ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penamatan itu susulan analisis model-model cuaca mendapati tiada potensi hujan berterusan di Sarawak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia serta boleh menghubungi hotline MetMalaysia menerusi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.