Kampung Tringgus Bong berpotensi dalam ekopelancongan

Spread the love

BAU, 30 Dis: Keindahan dan keunikan flora dan fauna yang terdapat di kawasan Kampung Tringgus Bong di sini berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi untuk ekopelancongan.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata selain memiliki sungai bersih dan jernih, kampung itu juga turut memiliki laluan mendaki yang menarik.

Bagaimanapun beliau turut menasihati penduduk kampung itu agar tidak membina kandang ternakan berdekatan dengan sungai kerana ia dikhuatiri dapat mencemarkan keindahan yang terdapat di kawasan tersebut.

“Kalau boleh kita buat jauh-jauh daripada sungai supaya sungai tidak tercemar. Perkara ini penting dan jangan kita pandang perkara ini perkara remeh,” katanya pada majlis jamuan dan penghargaan di Kampung Tringgus Bong dan di sini, hari ini.

Menurut Willie, selain kebersihan, penduduk kampung yang berminat menceburi bidang berkenaan juga akan dilatih dalam mengetengahkan produk pelancongan.

Ia termasuk penyediaan kemudahan tapak perkhemahan yang boleh disewa, inap desa dan kemudahan lain yang mampu memberikan keselesaan kepada pelancong.

“Ini akan menyediakan peluang perniagaan kepada penduduk kampung terbabit seterusnya menaik taraf ekonomi mereka. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.