MPS teliti bina taman rekreasi di kawasan timur Sibu

Spread the love

SIBU, 29 Dis: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak taman rekreasi di kawasan timur bandar di sini.

Pengerusinya, Kaunselor Clarence Ting Ing Horh berkata, pihaknya sedang memberi tumpuan untuk merealisasikan projek tersebut yang masih dilihat amat diperlukan di kawasan Lanang dan Lada.

“MPS berharap untuk mencari lebih banyak pembiayaan daripada Landskap Negara bagi memudahkan pelaksanaan projek-projek ini,” katanya pada Majlis Apresiasi MPS di sini malam Rabu.

Di samping itu, katanya, pihak majlis juga akan menaiktaraf dua buah taman awam dan pasar yang sedia ada di bandar tersebut.

“Pada tahun 2023  kita akan menyaksikan Taman Bukit Aup dan Taman Tasik Permai akan dinaik taraf di mana Taman Tasik Permai akan mempunyai lorong berjalan kaki baharu dan trek berbasikal sepanjang 3km,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya beberapa pusat penjaja dan pasar akan dibuka mulai tahun hadapan.

“Untuk ini, terdapat beberapa kerja-kerja menaiktaraf sedang dijalankan,oleh MPS termasuk Pusat Penjaja Muhibbah akan beroperasi pada Februari 2023,

“Ini adalah atas permintaan penjaja yang beoperasi di tapak sementara di Jalan Tapang sekarang, dan mereka mahu berpindah di tapak yang baharu diubahsuai selepas Tahun Baru Cina nanti,” katanya.

Selain itu katanya, MPS akan membuka pusat penjaja serba baharu di Jalan Jaya Li Hua tahun depan yang telah siap dibina dan akan diserahkan kepada penjaja yang layak.

Beliau menjangkakan bangunan Pasar Sungai Merah yang baharu akan siap menjelang akhir tahun 2023 manakala
Pasar Taman Rejang akan dinaik taraf pada tahun yang sama.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat II Alice Lau Kiong Yieng dan ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek, Timbalan Pengerusi MPS Kaunselor Bujang Abdul Majid, Pemangku Setiausaha MPS Yong Ing Choo dan Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.