Kilat Boy komited mahu turun ke gelanggang separuh akhir tinju, Pesta Penang

Spread the love

PENANG, 29 Dis: Peninju yang meningkat naik kelahiran Sarawak, Daeloniel McDelon Bong akan memastikan misi ke gelanggang akhir kejohanan tinju antarabangsa di Pesta Penang 2022 dapat digapai.

Keyakinan peninju yang baharu sahaja menyertai skuad tinju kebangsaan itu setelah mara ke perlawanan separuh akhir selepas menewaskan dua peninju masing-masing dari Hong Kong dan Selangor bagi kategori 57 kilogram (kg).

Menurut Daeloniel yang mesra disapa “Kilat Boy”, beliau akan memastikan perjuangan bersama Majlis Sukan Negera (MSN) itu akan dilakukan dengan sebaik mungkin sehingga ke titisan peluh terakhir.

“Harapan saya pada kejohanan kali ini pastinya akan menampilkan persembahan terbaik, sudah pastinya saya menyasarkan ke perlawanan akhir, Insha- Allah saya akan lakukan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Mengakui pada bulan ini, atlet remaja itu turun ke dua gelanggang kejohanan serta walaupun berasa penat namun tegasnya tetap komited memberikan yang terbaik.

Terdahulu Kilat Boy telah menewaskan peninju dari Hong Kong, Au Cheuk Yin pada perlawanan pertama menerusi RSC (Referee Stops Contest) pada pusingan ke-3 , sebelum menewaskan peninju Malaysia dari Kelab Black Eagle 31, Muhammad Faizul Fauzi pada aksi suku akhir sekali lagi menerusi RSC yang hanya memerlukan pusingan pertama sahaja pada Rabu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.