COVID-19: Kumpulan barisan hadapan, berisiko tinggi disaran ambil dos penggalak

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan kepada masyarakat terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi mendapatkan dos vaksin penggalak COVID-19 susulan perkembangan terkini penyakit itu di China ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasminya hari ini berkata walaupun ketika ini kes dalam negara masih terkawal dan menurun, tindakan siap siaga perlu diambil.

Selasa lepas, Dr Noor Hisham dalam kenyataan memaklumkan KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat COVID-19 susulan peningkatan mendadak penyakit itu yang dilaporkan di China.

Antara langkah akan diambil ialah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan dan kematian. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.