METMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah

Spread the love

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak selama dua hari bermula 30 Dis ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pukul 1.10 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Hujan berterusan juga dijangka di beberapa kawasan di Sabah, yakni Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat sepanjang hari ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.