Lelaki warga Brunei nyaris maut, kereta rempuh lori parkir

Spread the love

SIBU, 28 Dis: Seorang lelaki warga Brunei nyaris maut setelah kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh sebuah lori yang parkir di Jalan Upper Lanang di sini, malam Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 8. 45 malam itu, mangsa berusia 42 tahun didapati terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, Suna Kaha berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.56 malam dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, 10 anggota bomba diketuai oleh seorang pegawai menaiki sebuah jentera FRT dan sebuah toyota Hilux bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Kia Sportage yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan telah terbabas dan merempuh sebuah lori yang parkir di penhujung jalan,” kata dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, pasukan Bomba kemudian berjaya menggeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

Suna berkata, mangsa yang cedera ringan seterusnya diberi rawatan kecemasan sebelum diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Pasukan Bomba seterusnya membuat pembersihan di kawasan kemalangan bagi mempastikan keadaan di lokasi selamat.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.31 malam sebelum pasukan keluaran operasi bertolak balik ke balai,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.