Ketibaan pelancong di Thailand cecah 11.5 juta

Spread the love

BANGKOK, 27 Dis: Thailand setakat ini sudah mencapai sasaran dari segi ketibaan pelancong pada 2022 apabila lebih 11.5 juta pelawat asing mengunjungi negara itu.

Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn berkata sektor pelancongan diunjurkan menjana hasil 1.5 trilion baht (100 baht =RM12.76) atau pada 50 peratus daripada paras pascapandemik pada 2019.

“Kedatangan semula pelancong asing dan pemulihan pelancongan domestik sejak cuti panjang hujung dan kempen rangsangan pelancongan telah membantu (mencapai sasaran ketibaan pelancong),” katanya dalam satu kenyataan.

Yuthasak berkata TAT juga menjangkakan 3.14 juta perjalanan domestik ketika Tahun Baharu antara Disember hingga 2 Jan yang dijangka menjana hasil sebanyak 11.2 bilion baht.

Thailand, satu daripada destinasi pelancongan paling popular di Asia, dikunjungi hampir 40 juta pelawat pada 2019.

Bagaimanapun, industri pelancongan hampir merudum akibat pandemik COVID-19 yang memaksa Thailand memperkenalkan syarat kemasukan ketat dan kos yang tinggi.

Untuk 2023, Thailand bersedia menyambut sekurang-kurangnya 20 juta pelancong dan dijangka menjana pendapatan sebanyak 2.38 trilion baht (AS$64.5 bilion).

Menteri Kewangan Arkhom Termpittayapaisith berkata jumlah ketibaan pelancong akan bertambah ramai dengan kedatangan semula pelancong dari China.

Sementara itu, TAT mengumumkan akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu “Amazing Thailand Countdown 2023” di Bangkok dan Songkhla serta di beberapa wilayah lain. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.