Empat terselamat, lori treler dan 4WD bertembung

Spread the love

SELANGAU, 28 Dis: Empat terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang membawa mereka bertembung dengan sebuah lori treler membawa muatan minyak sawit di kilometer 14, jalan buloh di Selangau, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.40 malam itu, dua daripada mereka termasuk pemandu, 51, dan penumpang tempat duduk hadapan wanita, 59, cedera namun tidak serius.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Pegawai Bomba Tinggi (PBT II) Mohd Shukri Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.44 malam.

Katanya, sejurus itu enam anggota menaiki sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dikejar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak keluaran operasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa muatan minyak sawit telah bertembung dengan sebuah pacuan empat roda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenderaan 4WD itu di naiki oleh dua lelaki dan dua wanita berusia antara 59 dan 25 tahun termasuk tiga warganegara Singapura.

“Kesemua mangsa di dalam pacuan empat roda terbabit telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dan dua daripada mereka iaitu seorang pemandu dan penumpang wanita di tempat duduk hadapan didapati cedera dan telah diberi rawatan awal,” katanya.

Katanya lagi, dua penumpang iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang duduk di bahagian belakang Hilux serta pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota kami telah memasang ‘cervical collar’ kepada kedua-dua mangsa yang cedera sebelum mereka kami serahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diberi rawatan lanjut dan seterusnya dibawa ke Hospital Sibu,” jelasnya.

Mohd Shukri berkata, anggota Bomba kemudian melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian bagi memastikan keadaa jalan raya tidak membahaya kepada pengguna yang lain.

Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.35 malam serta turut dibantu oleh empat anggota Polis dan empat petugas KKM. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.