AS haramkan Tiktok pada peranti kerajaan

Spread the love

NEW YORK, 28 Dis: Aplikasi perkongsian video popular TikTok tidak akan dibenarkan pada peranti rasmi yang digunakan oleh Dewan Perwakilan dan kakitangan kerajaan, menurut Ketua Pejabat Pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

“Pejabat Keselamatan Siber menganggap aplikasi mudah alih TikTok berisiko tinggi kepada pengguna disebabkan beberapa ciri keselamatannya.

“Jika anda mempunyai aplikasi TikTok pada peranti mudah alih bagi kegunaan rasmi, anda akan dihubungi bagi mengalih keluar aplikasi berkenaan,” menurut pejabat berkenaan dalam e-mail yang dihantar kepada Ahli Dewan Perwakilan dan kakitangan pada Selasa.

Pegawai AS pada bulan lalu memberi amaran bahawa data yang dikumpul pada aplikasi itu boleh “digunakan secara salah,” lapor Agensi Anadolu.

Rang undang-undang perbelanjaan US$1.7 trilion yang diluluskan oleh Senat minggu lalu juga mentakrifkan larangan menggunakan TikTok pada hampir semua peranti kerajaan di AS.

Setelah ditandatangani menjadi undang-undang, larangan itu bakal meliputi hampir semua agensi kerajaan. – TVS

Tags: AS, FBI, tiktok

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.