Amaran ribut petir, Indonesia bersiap menghadapi ribut petir pada penghujung tahun

Spread the love

JAKARTA, 28 Dis: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramalkan cuaca ekstrem dan ribut petir berlaku di Indonesia sehingga 2 Januari 2023.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi satu sidang media yang mengatakan pertumbuhan awan hujan di Indonesia kelihatan pantas.

Berdasarkan analisis cuaca terkini, keadaan dinamik atmosfera di Indonesia masih ketara dalam peningkatan jumlah hujan di beberapa kawasan pada minggu akan datang.

Foto: David Andreas

Menurut Ketua BMKG Dwikorita Karnawati, terdapat beberapa kawasan yang perlu bersiap sedia menghadapi hujan lebat ketika ini antaranya DKI Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Banten, hingga Papua.

“Justeru, potensi cuaca yang perlu disediakan adalah berjaga-jaga, kita perlu berwaspada dengan potensi hujan dengan intensiti tinggi sehingga 2 Januari ini, apa yang perlu diwaspadai ialah potensi hujan lebat hingga sangat lebat, ia boleh berkembang secara melampau,” katanya.

Foto: David Andreas

Dwikorita juga berkata, punca kejadian ini disebabkan oleh beberapa fenomena siklon serentak, iaitu siklon Monsun Asia, benih siklon tropika 95W, aktiviti Madden Julian Oscillation (MJO), dan fenomena Gelombang Khatulistiwa Kelvin – Rossby di mana keadaan ini akan meningkatkan potensi cuaca yang melampau.

BMKG meminta semua rakyat bersiap sedia menghadapi akibat fenomena ini yang akan menyebabkan hujan ribut, banjir besar dan ombak laut tinggi di sekitar kawasan pantai.

Malah, BMKG turut meminta orang ramai tidak melakukan banyak aktiviti di luar rumah serta bekerja dari rumah (work from home) bagi mengelak ribut yang bakal berlaku.

Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) juga telah bersedia sepenuhnya untuk menangani bencana hidrologi akibat fenomena ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.