Seorang maut, lima cedera dalam kemalangan jalan raya di Bintulu

Spread the love

BINTULU, 27 Dis: Seorang maut manakala lima lagi sekeluarga cedera dalam kemalangan apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan dan terbalik di Jalan Nyabau, di sini pada tengah malam Isnin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 5 Sarawak, Penguasa Kanan Bomba 1 Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, lelaki yang maut dalam kemalangan itu merupakan pemandu, Mathew Serang berusia 34 tahun.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian.

Kemalangan itu turut membabitkan seorang lelaki cedera parah serta seorang wanita dan tiga kanak-kanak cedera ringan.

Bomba menerima panggilan mengenai kemalangan pada pukul 12:14 tengah malam.

“Setiba di lokasi kejadian (pasukan Bomba dan Penyelamat mendapati pemandu dan penumpang di bahagian hadapan tersepit.

“Empat lagi penumpang yang cedera ringan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke bilik mayat Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

Kesemua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan lanjut. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.