Ribut musim sejuk di AS ragut 26 nyawa

Spread the love

NEW YORK, 26 Dis: Ribut musim sejuk yang melanda sebahagian besar Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 26 orang terkorban, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) pada Sabtu mengumumkan bahawa angin Artik telah menjejaskan kira-kira dua pertiga negara itu selain diramal akan terus memberi impak ketara ke atas wilayah tengah dan timur pada hujung minggu.

Sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam nahas jalan raya menyebabkan darurat dan larangan memandu diisytiharkan di beberapa kawasan yang dilanda salji lebat.

Di beberapa negeri, pengendali rangkaian elektrik telah menyeru pengguna berjimat cermat dalan penggunaan elektrik.

Ribut salji yang melanda Tasik Besar di Kanada sehingga ke Rio Grande di sempadan Mexico, menjejaskan kira-kira 60 peratus penduduk AS.

Laman sesawang FlightAware melaporkan pada 25 Disember sejumlah 1,645 penerbangan membabitkan laluan domestik dan antarabangsa dibatalkan manakala 3,869 lagi penerbangan mengalami kelewatan.

NWS juga melaporkan jumlah salji di Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara telah mencecah 109 sentimeter setakat Ahad.

Ribut kuat yang melanda berhampiran Great Lakes akibat penurunan mendadak dalam tekanan atmosfera telah membawa angin kencang dan salji lebat.

Sementara itu, menurut laporan media tempatan, beberapa bas dilihat menurunkan sejumlah besar pendatang di hadapan kediaman Naib Presiden AS Kamala Harris di Washington, D.C dan mereka kemudian dibawa ke tempat perlindungan dan gereja di bandar itu.

Sejak April, sebilangan besar “bas migran” dari Arizona dan Texas telah menghantar puluhan ribu pendatang ke bandar itu.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) AS mengumumkan bahawa cuaca sejuk yang tidak pernah dialami sejak 40 tahun lalu sudah menghampiri beberapa bahagian negara itu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.