Jualan WOW! BIG SALE, PC Image tawar promosi sehingga 80 peratus

Spread the love

KUCHING, 25 Dis: PC Image Sdn Bhd (PC Image) sedang mengadakan jualan WOW! BIG SALE dengan promosi diskaun sehingga 80 peratus bermula pada 23 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023.

Kelainan promosi kali ini, menurut Penyelia Jualan PC Image Kuching, Marcus Lee Kah Fui, pelanggan yang berbelanja sehingga RM200 ke atas akan berpeluang menyertai peraduan ‘Spin & Save’.

“Pelanggan juga akan membawa balik baucar diskaun bernilai RM5 serta berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang ditawarkan berupa, ‘Notebook’ atau kerusi ‘gaming’ yang secara keseluruhannya bernilai lebih daripada RM5,786,” katanya ketika ditemui TVS, di sini, hari ini.

Tambah Marcus lagi, jualan WOW! BIG SALE ini diadakan di semua cawangan PC Image di seluruh Malaysia justeru beliau menyeru orang ramai untuk merebut peluang keemasan ini memandangkan promosi yang diberikan adalah berbeza mengikut jenis produk.

Pada masa sama kata Marcus kebanyakkan promosi dikhususkan kepada ahli PC Image yang terkenal sebagai sebuah kedai rantaian IT terbesar di negara ini.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli, ujarnya mereka hanya perlu membayar sebanyak RM10 serta akan menikmati pelbagai faedah.

“Bukan sahaja 80 peratus namun manfaat ahli lebih banyak kerana terdapat beberapa produk berjenama diberikan oleh penaja utama kita seperti Lenovo,” jelasnya.

Marcus memberitahu setiap pembelian produk jenama Lenovo, ahli PC Image akan membawa pulang pencetak jenama E410 yang bernilai RM199 namun ia tertakluk kepada jumlah stok.

Difahamkan, jualan WOW! BIG SALE merupakan acara tahunan yang diadakan oleh PC Image sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya.

PC Image merupakan kedai barangan Teknologi Maklumat (IT) yang terbesar di Malaysia Timur serta mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh Malaysia. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.