JKM sedia beri khidmat kaunseling kepada mangsa dan keluarga tanah runtuh – Nancy

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 25 Dis: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia memberi khidmat kaunseling menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa yang terselamat dan keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, setakat ini pihaknya sedang memantau keadaan emosi mangsa yang masih trauma selepas menghadapi bencana itu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya belum mengenal pasti mangsa mahupun ahli keluarga yang maut bagi menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Dari segi kaunseling kita akan memantau kalau ada yang memerlukan kerana khidmat ini amat penting apabila menghadapi bencana seperti ini, jumlahnya belum dapat kita kenal pasti kerana kebanyakan mereka tidak mahu diganggu disebabkan masih bersedih dan trauma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kampung Baru di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, JKM sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dari segi khidmat psikologi dan kaunseling kepada mereka yang memerlukan.

“Sebelum ini saya menerima panggilan daripada satu keluarga yang mana pada masa itu mangsa belum dijumpai, jadi syukur alhamdulillah semalam sudah dijumpai 31 mayat, yang selamat 61, jadi secara keseluruhan 92 mangsa terbabit dalam tragedi ini.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.