Pesta Satok akan diadakan dalam masa terdekat – ADUN Satok

Spread the love

KUCHING, 24 Dis: Selepas menyepi dalam tempoh yang agak lama susulan penularan Covid-19 dan Perintah kawalan Pergerakkan (PKP), Pesta Satok yang menghimpunkan peniaga dan penjaja kecil dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Khabar baik itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki selepas cadangan mengenainya telah diusulkan kepada pihak berwajib termasuk Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Bagaimanapun Ibrahim mendedahkan tarikh yang tepat untuk melaksanakan pesta tersebut belum dimuktamadkan ekoran ia bergantung kepada situasi semasa ketika ini.

“Belum tahu lagi kerana kita melihat kepada keadaan, sekarang ini musim hujan, belum boleh dirancang lagi sebab jika kita adakan ketika ini sedkit menyusahkan juga.

“Bagaimanapun Insha-Allah bermula dari bulan puasa, gerai-gerai akan dibuka untuk menyertai Baazar Ramadan yang kita adakan seperti sebelum ini dan kita lihat dari situlah nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai acara Christmas Cookies Give Away di Thomson Corner Cafe Jalan Nanas, Kuching, di sini, hari ini.

Menurut Ibrahim sebagai permulaan pihaknya akan mengusulkan untuk pembukaan gerai-gerai di Pasar Satok pada hujung minggu terutama untuk peniaga atau penjaja yang menjual makanan atau produk kering sahaja. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.