Kadar jangka pendek kekal stabil minggu depan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu yang baru berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik, tender Qard dan tender Program Murabahah Komoditi.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM51.52 bilion daripada RM48.54 bilion pada minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia bertambah menjadi RM38.0 bilion daripada  RM33.24 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.73 peratus setakat 22 Dis. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.