Banjir: Mangsa meningkat kepada 1,193 orang, 19 PPS dibuka

Spread the love

KUCHING, 24 Dis: Trend pemindahan mangsa banjir di negeri ini meningkat iaitu 1,193 orang dengan sebanyak 19 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat jam 7 pagi tadi.

Laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak mencatatkan pembukaan PPS baharu dilaksanakan sejak jam 11 malam semalam di beberapa daerah.

“Secara keseluruhan kesemua lokasi melibatkan 301 Ketua Isi Rumah (KIR),” jelas kenyataan.

Menurutnya, Daerah Bau masih kekal dua PPS, Kuching dan Samarahan masing-masing empat PPS.

Seterusnya Gedong, Sebuyau dan Simunjan juga masing-masing satu PPS, Serian (tiga PPS) dan Betong (dua PPS).

Bagi Daerah Serian salah satu PPS dibuka iaitu di Dewan Kampung Koran Mawang menempatkan mangsa bencana tanah runtuh di kawasan terbabit. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.