‘Minggu Perpaduan’ inisiatif kerajaan pupuk semangat perpaduan rakyat

Spread the love

KUCHING, 23 Dis: Kementerian Perpaduan Negara akan mengadakan program Minggu Perpaduan pada pertengahan tahun hadapan dengan membawa slogan #inimalaysiakita.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, program tersebut adalah bagi memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di negara kita.

“Kita akan bawa slogan #inimalaysiakita, yang mana slogan ini akan memberi tumpuan kepada rakyat untuk bersatu serta meningkatkan semangat patriotisme rakyat,” katanya.

Jelasnya, penganjuran program Minggu Perpaduan akan bermula di Sarawak kerana semangat perpaduan serta toleransi antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti negeri lain.

Tambahnya lagi, keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini adalah tanggungjawab semua pihak.

Ujarnya, walaupun Malaysia mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan agama, rakyat haruslah hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Majlis Perjumpaan Dan Amanat Menteri Perpaduan Negara pada Jumaat.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.