Banjir: Sarawak pastikan bekalan makanan mangsa mencukupi

Spread the love

KUCHING, 23 Dis: Kerajaan Sarawak memberi jaminan akan memastikan bekalan makanan mencukupi bagi memenuhi keperluan mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan Sarawak juga telah mengarahkan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.

“Pemimpin atau wakil rakyat GPS mesti sentiasa peka terhadap bencana banjir yang berlaku ini,

“Mereka juga dikhendaki memantau sama ada bekalan makanan mencukupi atau tidak di kawasan tertentu yang terjejas banjir,” kata Uggah.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata demikian pada sidang media JPBN Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

– TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.