Pemergian Teh Hong Piow tinggalkan lompong besar kepada sektor perbankan – PM Anwar

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Pemergian pengerusi emeritus dan pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow, 92, akan meninggalkan lompong yang besar kepada Public Bank, sektor perbankan dan juga negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca artikel berkaitan >>>>> Pengasas Public Bank meninggal dunia pada usia 92 tahun

Menerusi catatan di laman Facebook beliau hari ini, Anwar mengutuskan takziah kepada keluarga mendiang Teh atas pemergian tokoh perbankan berkenaan.

“Pemergiannya ini tentunya meninggalkan lompong besar kepada keluarga besar Public Bank, sektor perbankan dan juga negara.

“Saya doakan keluarga mendiang Teh tabah dan kuat atas kehilangannya,” katanya.

Mendiang Teh menubuhkan Public Bank pada tahun 1965 dan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan sejak perniagaan bank tersebut dimulakan pada 6 Ogos, 1966. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.