Pemandu dan penumpang van maut dalam kemalangan

Spread the love

BELURAN, 6 Dis: Dua lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Telupid – Beluran, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kasim Muda berkata, dalam kejadian pukul 4.20 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Jamil Matesair, 38, dan Jumiani Tumanan, 31.

Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta, lori treler dan van.

“Ketika kejadian, kereta dan lori treler datang dari arah Telupid menghala ke Sandakan manakala van dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta cuba untuk memotong lori treler di hadapan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel dengan van yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa,” katanya.

Kasim memberitahu, pemandu dan penumpang van itu meninggal dunia ketika sedang dirawat di hospital manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.