Jangan panggil saya papa – Anwar Ibrahim

Spread the love

KUCHING, 6 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar rakyat tidak memanggilnya dengan gelaran papa.

Perdana Menteri membuat permintaan itu ketika membalas ‘tweet’ seorang pengguna Twitter @mirulwrld yang memanggil beliau dengan gelaran berkenaan.

Sebelum itu pemilik akaun berkenaan membalas ‘tweet’ Anwar mengenai amalan rasuah yang perlu dihentikan.

Anwar membalas posting tersebut dengan menulis  pls-dont do that  yang kemudiannya menerima banyak komen dan tanda suka daripada pengguna yang lain.

Sebelum ini, beberapa pemimpin negara turut mempunyai gelaran masing – masing di kalangan pengguna media sosial ketika bergelar Perdana Menteri.

Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipanggil Abah manakala Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula dikenali dengan gelaran Pak Long.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pula digelar bossku oleh penyokongnya.

Dalam laluan menjadi Perdana Menteri Ke-10,  Anwar Ibrahim menang kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan pada 24 November lepas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.