Dua lelaki maut kemalangan di Lundu

Spread the love

LUNDU, 6 Dis: Dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Kilometer 22 Jalan Lundu -Bau, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Damataries Lautin berkata, kedua – dua mangsa dikenali sebagai Lim Nyum Kie, 63, dan bapa mentuanya, Then Ah Thaw, 83, yang berasal dari Kampung Sebigo.

“Mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian kira – kira pukul 7.30 pagi itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Damataries memberitahu, sebelum kejadian, mangsa bersama isteri dan bapa mentuanya menaiki sebuah kereta dari Lundu ke Pekan Bau.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kenari dinaiki mereka telah melanggar bahagian belakang sebuah lori.

“Sebuah lagi kereta yang juga datang dari Lundu kemudian melanggar belakang kereta yang dinaiki mangsa sekeluarga,”katanya.

Menurut Damataries, isteri mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang turut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.