Bomba sahkan kebakaran di Kementerian Kewangan

Spread the love

KUCHING, 6 Dis: Satu kebakaran kecil dilaporkan berlaku di Kementerian Kewangan, Putrajaya petang tadi.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang tadi.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya memaklumkan, kebakaran melibatkan kawasan pembuangan sampah dan pihaknya berjaya mengawal api.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, difahamkan Kementerian Kewangan akan mengeluarkan kenyataan media sebentar lagi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.