Anwar ucap takziah kepada Muhyiddin

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abang Pengerusi Perikatan Nasional itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, pada 9.50 pagi tadi.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Abdul Aziz, yang dilahirkan di Muar pada 27 Okt 1932, meninggal dunia pada usia 90 tahun dan jenazah beliau akan dimandi serta disolatkan di Masjid Muadz Ibn Jabbal, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak petang ini.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Muar selama sepenggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-9.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Muar dari 1993 hingga 1995.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.