Tempoh sebulan untuk kemajuan penyelesaian perkara tertunggak MA63 – Anwar

Spread the love

KUCHING, 5 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan tempoh sebulan supaya wujud kemajuan bagi menyelesaikan perkara tertunggak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sehubungan itu beliau yang juga Perdana Menteri berkata, pelantikan Dato Sri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri juga bertujuan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Kata Anwar, beliau tidak mahu isu melibatkan MA63 terus berlarutan.

Tempoh sebulan untuk kemajuan perkara tertunggak MA63

“Kebanyakan telah dapat diselesaikan namun ada yang (masih) menimbulkan keresahan di kalangan rakan kita di Sarawak dan Sabah. Ini patut disegerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Khas Kabinet Pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di sini hari ini.

Turut menyertai Anwar dalam sidang media berkenaan ialah Fadillah dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Anwar menambah, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini memaklumkan kepada beliau yang terdapat peraturan sedia ada yang telah menyulitkan usaha untuk menyelesaikan isu berkaitan MA63.

“Sekiranya perkara tersebut dipantau atau dikemukakan cadangan, satu penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu dilakukan,” katanya.

Perkara yang lain menjadi masalah menurut Anwar ialah proses kelulusan yang melibatkan pelbagai jabatan dan kementerian.

“Ini saya percaya (akan dapat) dicadangkan oleh TPM untuk kita laksanakan segera,” jelasnya lagi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.