Anwar ucap selamat hari lahir kepada Wan Azizah

Spread the love

KUALA LUMPUR, 4 Dis: “Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini,” demikian ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan ulang tahun hari kelahiran isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Anwar menyifatkan Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR sebagai seorang insan, wanita, serta isteri yang tabah, penyayang dan berbakti, serta seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.

“Saya sentiasa bersyukur. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya.

Anwar turut memuat naik sekeping foto yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-10 pada 24 November lepas.

Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-70 hari ini. Wan Azizah dan Anwar mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.