Tiong komited bangunkan industri pelancongan negara

Spread the love

KUCHING, 3 Dis: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas amanah sebagai Menteri Pelancongan Malaysia.

Beliau berharap agar warga Kementerian Pelancongan Malaysia, agensi-agensi di bawahnya serta pemain industri serta pihak berkepentingan dapat bersama-sama membantu membangunkan industri itu ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya berhasrat merealisasikan dasar kementerian dalam memacu sektor pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing dan lestari demi pembangunan sosio-ekonomi negara.

“Saya akan memikul tanggungjawab ini dengan sehabis baik demi kepentingan rakyat dan negara.Melangkah ke hadapan, saya berharap kita semua dapat menghentikan ‘politiking’ tanpa kesudahan yang pastinya merugikan rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, perkara utama yang perlu ditekankan ketika ini ialah membina semula Malaysia, membela nasib rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meneruskan apa yang tertangguh demi kebaikan rakyat serta negara.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.