ABS yakin Fadillah jaga masyarakat Sarawak di Semenanjung Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Perlantikan Dato Sri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan satu kebanggaan buat masyarakat Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.

Menurut Presiden Anak Borneo Semenanjung (ABS) Gangging Sanggau, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Sarawak di Semenanjung Malaysia terutama dalam kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Jelasnya lagi, Datuk Seri Fadillah Yusof merupakan individu bertanggungjawab menjayakan program ‘Lan Berambeh Anak Sarawak’ yang telah berjaya mengumpul masyarakat Sarawak dari seluruh Semenanjung sejak 14 tahun yang lalu.

Justeru Gangging berkata, besarlah harapannya agar kebajikan masyarakat Sarawak diMalaysia Barat sentiasa dan terus diambil berat.

“Harapan saya untuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof agar dapat terus membantu anak-anak Sarawak yang berada di seluruh Semenanjung Malaysia dari segi kebajikan, perniagaan, persekolahan sebab ramai pelajar-pelajar Sarawak yang belajar di sini,” katanya ketika ditemui TVS di sini, semalam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.