Malaysia catat sejarah miliki dua TPM, Anwar umum Kabinet Kerajaan Perpaduan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Buat pertama kalinya, pentadbiran Malaysia memiliki dua Timbalan Perdana Menteri, termasuk seorang dari Sarawak apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar hari ini mengumumkan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya, selain memegang sendiri portfolio Menteri Kewangan.

Dengan saiz Kabinet dianggotai 28 menteri, Anwar yang mengumumkan barisan Kabinet itu di Perdana Putra, Putrajaya malam ini, menamakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Turut dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri ialah Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beliau juga memegang  portfolio sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.