Jalan baharu sepanjang 1,200 km perlu dibina di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 1 Dis: Jalan baharu sepanjang 1,200 kilometer (km) perlu dibina di Sarawak bagi membolehkan akses darat ke kawasan luar bandar di negeri ini mencapai 100 peratus, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak memaklumkan, jarak berkenaan dijangka akan dapat menghubungkan sebanyak 381 penempatan di seluruh negeri.

“Setakat ini, sejumlah 5,833 atau 94 peratus daripada 6,214 penempatan yang didaftarkan di kawasan luar bandar telah dilengkapi dengan akses jalan raya.

“Ke arah mencapai 100 peratus perhubungan jalan di Sarawak, kita perlu membina keseluruhan jalan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Douglas Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, pangkalan data mengenai ketersambungan luar bandar itu diperoleh menerusi makmal susulan yang telah dijalankan pada awal tahun ini.

Tambahnya lagi, kementeriannya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan melihat pendekatan baharu untuk mengurangkan kos pembinaan jalan raya tersebut.

“Kesalinghubungan luar bandar adalah amat penting bagi Sarawak kerana ia membuka peluang pertumbuhan baharu dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.