Insentif khas untuk penjawat awam Sarawak dan Persekutuan di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 1 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bayaran insentif khas kepada penjawat awam Sarawak dan Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

Bayaran insentif khas kepada penjawat awam Sarawak ialah satu setengah bulan gaji pokok atau minima RM2,000, katanya semasa berucap pada sesi penggulungan, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Penjawat awam Persekutuan di Sarawak yang berjumlah kira-kira 137,000 orang pula akan menerima insentif berjumlah RM500.

Bayaran akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

“Kerajaan GPS amat menghargai sumbangan dan komitmen pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional sepanjang tahun ini,” katanya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.