DUN Sarawak lulus Bajet 2023 berjumlah RM10.797 bilion

Spread the love

KUCHING, 1 Dis: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan bajet 2023 berjumlah RM10.797 bilion.

Bajet bertemakan Sarawak Diutamakan: Ke arah Masyarakat Inklusif, Makmur dan Harmoni itu dibentangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Johari pada 21 November lepas.

Pembentangan itu dilakukan dengan mengambil kira keupayaan untuk menjana lebihan RM238 juta dengan unjuran hasil RM11.035 bilion serta jumlah perbelanjaan biasa sebanyak RM10.797 bilion.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, usul Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) itu diluluskan dengan undi majoriti.

Sementara itu Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan melabur lebih banyak untuk menyediakan infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat sebagai terasnya.

Bagi perbelanjaan biasa tahun depan, beliau memaklumkan, sebanyak RM3.997 bilion adalah untuk operasi manakala RM6.8 bilion untuk membiayai pelaksanaan pelbagai program dan projek pembangunan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.