‘Bertarung’ dengan buaya untuk selamatkan anak namun gagal 

Spread the love

LAHAD DATU, 1 Dis: Seorang lelaki yang sedang mendayung bersama anaknya di kawasan perairan berhampiran markas Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berdepan detik cemas apabila mereka diserang seekor buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia cuba menyelamatkan anak lelakinya yang disambar reptilia berkenaan namun gagal.

“Lelaki itu turut mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan akibat digigit buaya itu manakala anaknya diheret ke dalam laut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Video dan gambar kejadian berkenaan turut tular menerusi media sosial.

Bapa mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Sementara itu, Sumsoa berkata, sejurus menerima laporan kejadian pada pukul 10.51 pagi tadi, pihaknya bersama PPM segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berhampiran kawasan kejadian.

“Sehingga kini SAR masih diteruskan di kawasan kejadian,” katanya lagi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.