Anwar tolak pemberian hadiah

Spread the love

KUCHING, 1 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pemberian hadiah untuk dirinya daripada mana-mana pihak.

Anwar berkata, budaya berkenaan perlu dihentikan.

“Saya hargai niat baik saudara saudari namun ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya sebentar tadi.

Sementara itu, setelah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lepas, Anwar akan pulang ke Tambun esok yang merupakan kawasan parlimen yang dimenangi oleh beliau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru – baru ini.

Pada PRU-15, Anwar menawan kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 3,736 undi dalam saingan empat penjuru.

Anwar turut dijadual untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada pukul 10 pagi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.