Bandar Sibu akan nikmati rangkaian internet 5G

Spread the love

SIBU, 30 Nov: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horh mendedahkan bahawa Sibu antara bandar yang tidak ketinggalan menikmati rangkaian internet 5G apabila sebanyak 88 unit menara 5G akan dipasang Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh bandar itu pada tahun hadapan.

Jelas beliau, pihak MPS telah menghantar surat sokongan kepadan DNB bagi menyokong pemasangan menara tersebut.

“DNB akan memasang 88 unit menara 5G di Sibu pada tahun hadapan. Menara ini bukanlah menara setinggi 60 kaki itu tetapi hanya menara kecil bersaiz tiang lampu rumah  sahaja. Mereka akan memasang menara tersebut dan ia akan meliputi Sibu dengan jaringan 5G.

“Jadi mereka telah memohon persetujuan MPS untuk memasang menara tersebut kerana ia akan di pasang di tanah milik MPS,” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPS hari ini.

Tambah beliau lagi, perlaksanaan 5G yang lambat di Sibu adalah ekoran pihak DNB menerima aduan daripada penduduk untuk tidak memasang tiang tersebut di kawasan rumah mereka.

Jelasnya, sekiranya tiada bantahan sebelum ini daripada penduduk, Sibu sudah  mempunyai sambungan 5G, namun jelasnya hal seumpama itu bukan hanya berlaku di Sibu malah di seluruh Sarawak.

“Sebelum ini mereka terpaksa menangguh pemasangan menara kerana adanya bantahan daripada penduduk. Penduduk mempersoalkan kenapa menara tersebut harus dibina di belakang rumah mereka dan bukannya di tempat lain.

“Inilah antara sebab mengapa perlaksanaan 5G ini lambat di Sarawak ia bukan hanya berlaku di Sibu,” katanya lagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.