Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender – PM Anwar

Spread the love

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov lepas berkata, beliau tidak berminat menggali masalah kerajaan terdahulu sebaliknya mahu menumpukan soal kerja dan mengangkat martabat hidup rakyat.

“Hidup rakyat secara umumnya walaupun tidaklah separah beberapa negara lain, tetapi dalam keadaan yang agak sukar, sebab itu di peringkat awal, beberapa hari ini saya tidak peduli fitnah, saya harap kita tumpu soal kerja.

“Saya tidak berminat korek kisah lama… Yang penting ialah ke depan, apa yang boleh dan patut kita lakukan dalam mempersiapkan diri menghadapi masa depan,” katanya.

Majlis perjumpaan hari ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.